Tuesday, May 30, 2006

Kad Prabayar Telefon Bimbit

Pada masa kini, telefon bimbit merupakan satu keperluan alat komunikasi penting di kalangan kita. Ada yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit Sampai begitu sekali. Setiap bulan anda pasti akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM10 untuk menambah nilai kredit prepaid handphone anda. Tetapi kebanyakan dari kita akan memperuntukkan lebih daripada itu. Ada 2 sebab mengapa ramai pengguna prepaid, pertama mereka mahu ‘save budget’ dan kedua mereka yang telah ‘black listed’ untuk register. Jika anda menggunakan perkhidmatan kad prepaid, sudah pastinya setiap bulan anda akan pergi kedai handphone terdekat untuk menambah nilai kredit telefon bimbit anda. Terdapat pelbagai cara terkini untuk menambah nilai kredit, salah satu caranya adalah menambah nilai kredit melalui sms. Ianya lebih cepat, mudah, jimat dan lebih menguntungkan. Kaedah ini bukan sahaja untuk kegunaan anda sendiri, tetapi juga boleh dijadikan satu perniagaan dan juga peluang anda untuk menambah pendapatan keluarga secara tak langsungnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan tambah nilai kredit telefon bimbit melalui sms, anda boleh lawati …
http://www.prepaid-kad.blogspot.com/

Sejarah Telefon

Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel. Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Statistik terkini menunjukkan lebih kurang 9.5 juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna hamper RM 500 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad prepaid mereka. Manakala, untuk penggunaan sms pula, kira-kira RM 2 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari.

Monday, May 29, 2006

Fakta Mengenai Telefon Bimbit

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.
Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!