Tuesday, May 30, 2006

Sejarah Telefon

Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel. Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan. Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Statistik terkini menunjukkan lebih kurang 9.5 juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna hamper RM 500 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad prepaid mereka. Manakala, untuk penggunaan sms pula, kira-kira RM 2 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari.

3 Comments:

Blogger Azeri said...

Walaupun post ni dah lama tapi Google tetap letak di ranking pertama untuk keyword " Sejarah telefon bimbit di Malaysia "

1:38 PM  
Blogger Unknown said...

post anda menarik perhatian saya

5:52 PM  
Blogger Unknown said...

ya encik azeri sya bersetuju tu

6:47 AM  

Post a Comment

<< Home